#1 PEMILIHAN TARIKH
Pemilihan tarikh adalah perkara yang sangat penting.Pengantin perlu menitikberatkan beberapa perkara seperti:
i) Majlis ketika musim perayaan.
➡Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi.
ii) Majlis ketika musim cuti sekolah.
Musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara,rakan dan taulan datang ke majlis mereka.
iii) Tarikh 'fancy-fancy'.
Perlulah diingatkan kepada bakal pengantin,jangan terlalu mengikut trend yang ingin majlis bertarikh fancy, tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik berbincang dengan ibu-bapa,hormati tarikh apa yang merka mahukan.
#2 HADIR KURSUS KAHWIN
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta
.
Yang ni abg bong suggest korang boleh pergi area wangsa maju. Memang menarik. Kelakar ustaz die. Banyak benda boleh belajar.
#3 TEMPAH JURUNIKAH & JURUSOLEK
Juru Nikah & Jurusolek zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/jurusolek anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.
#4 TEMPAH SEGALA KEPERLUAN MAJLIS.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
#5 TEMPAH KAD KAHWIN
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
#6 JALANI UJIAN HIV
Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.
#7 DOKUMEN & BORANG NIKAH
Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.
Ni abg bong share dari facebook.Sila2lah share yer. Sama2 belajar
No comments:
Post a Comment